Ratu Hatiku 9
Friday, March 16, 2012 | 1:40 AM | 0
0Koala Sesat
Pak-Pak-Kepak-Pak-Dum-Dum!Bunyi kompang dipalu bergema di segenap ruang Hotel Marriot.Pasangan pengantin yang sama cocok jalan beriringan menuju ke arah pelamin.Mempelai itu diiiringi pengapit yang setia bersama.Farah mengeluh.Nampak sangat stres.Walaupun hatinya memang sudah terpaut dengan Adam,tapi bukan ini caranya.Bukan dengan merampas Adam yang seharusnya bersama Kaisarah.Dia terdiam tapi hatinya menjerit-jerit pilu!
Di celah-celah tetamu yang datang,sepasang mata yang sudah merah menangis tak henti-henti,memandang ke arah pengantin yang jalan bersama itu.Kaisarah mengelap matanya menggunakan tangannya."Ah,baliklah."
Kaisarah memandang sekilas ke arah Adam sebelum meninggalkan Hotel Marriot yang menjadi saksi perkahwinan dua sejoli itu.
* * *
"Farah,ingat ya.Perkahwinan ini hanya untuk mengaburi mata mummy dan mama.Ok?"Farah menganggukkan kepalanya.Adam mengambil toto di atas katil lalu dihamparkan di atas karpet.Diambil juga dua buah bantal sebagai penambah keenakan tidur.
Farah tersenyum walaupun pahit akan ditelannya.Dia tahu,siapalah dia di hati Adam.Dalam hati Adam,hanyalah Kaisarah.Kaisarah,gadis yang menjadi ratu di hati Adam.
"Adam,tidak mengapalah.Awak sahaja tidur di atas.Kasihan saya tengok awak.""Tidak mengapalah Farah.Dekat bawah ni lagi sejuk.Assalamualaikum.Good night."Farah menutup lampu tidur.
Tiba-tiba,hatinya mahu menelefon Kaisarah.Namun,dia gentar.Selepas 10 minit,Farah masih berkira-kira mahu menelefon Kaisarah.Akhirnya,hatinya membuat keputusan.Nombor telefon Kaisarah didail."Nombor yang anda dail..."Belum sempat,wanita itu menyampaikan 'ucapan'nya yang sudah berkali-kali didengar,Farah menutup telefonnya.Pasti Kaisarah masih panas hati.



