Ratu Hatiku 8
Friday, January 13, 2012 | 11:05 PM | 0
0Koala Sesat
"Apa ni?Kejap lagi nak datang,baru nak cakap!"Marah Datin Mariya keesokan harinya."Mummy,mummy tak kenal siapa Kaisarah.Dia budak yang baik..""Sampai bila-bila pun mummy tak akan setuju,faham!Mummy dah jumpa calon terbaik untuk kamu.Dan kamu kenal dia."
Adam terkesima."Siapa,mummy?Siapa?Cakap dengan Adam,mummy..Siapa?""Farah."Jawab Datin Mariya sepatah.Adam meraup mukanya."Mummy dah pun setuju dengan Datin Zahra malam tadi."Mummy,mummy baru je kenal dengan Farah.Mummy tak tahu hati budi dia."
"Adam!Dengar cakap mummy atau Adam bukan anak mummy lagi!."Ugut Datin Mariya.TING TONG!Datin Mariya membuka pintu.Kaisarah memberi ucapan lazim seorang muslim,"Assalamualaikum,Datin.Saya Kaisarah."Adam terus bangun dari sofa lalu menjengulkan mukanya di pintu."Adam!"Datin Mariya yang sudah hilang sabar,membuka pintu lalu menolak Kaisarah.Terduduk Kaisarah dibuatnya."Oh,inilah Kaisarahnya!Yang buat anak aku melawan cakap aku!Hei,perempuan!Entah siapa bapa kau,tiba-tiba ada hati nak datang rumah aku!Dengar sini!Jangan kau jejak kaki lagi kat rumah aku,faham!""Mummy!!!"Jerit Adam.
Datin Mariya terus-terusan menolak Kaisarah."Auntie,jangan buat Kai macam tu!"Jerit Farah lalu menarik Datin Mariya jauh daripada Kaisarah yang sudah menangis teresak."Astaghfirullahalazim..Mariya,apa kau buat ni."Datin Zahra mendekati Datin Mariya manakala Farah sudah membawa Kaisarah masuk ke dalam rumah.Adam mengekori mereka berdua dari belakang.Kaisarah menenangkan hatinya sendiri."Adam..Saya tidak kuat,tak mampu..Jika inilah bayaran yang perlu saya terima jika mengahwini awak,saya tak mampu.."Farah mengusap belakang Kaisarah."Kaisarah,jangan macam tuh.Saya masih sayangkan awak,kita perlu hadapinya bersama-sama,ya."Kaisarah menggeleng laju."Tidak,saya tidak akan.Lepaskanlah saya pergi."
Datin Mariya yang sudah masuk ke dalam rumah berkata,"Adam,lepaskan dia.Adam tetap akan berkahwin dengan Farah!"Kaisarah terkejut lalu memandang Farah di sebelahnya."Aku..aku,tak tahu,Kai.Janganlah marah aku,Kai..Jangan.."Kaisarah memegang tangan Farah."Kau memang layak bersama Adam berbanding aku,Farah.Layak sangat.Aku pergi dulu.Assalamualaikum."Ucap Kaisarah seraya pergi



