Ratu Hatiku 6
Sunday, January 8, 2012 | 4:30 AM | 0
0Koala Sesat
"Penatlah jogging pagi-pagi ni."Ujar Najwa lalu berhenti."Ish,kau ni..Dari tadi,kau tu jogging,berhenti,jogging,berhenti..Takkanlah itu pun penat?Kurang kalsium agaknya kau ni.."Tegur Farah.Tersenyum kambing Najwa mendengarnya.
"Farah!Farah!"Farah berpaling ke belakang.Kelihatan Aizat Farish melambai ke arahnya."Apa lagi mamat ni!"Bisik Farah."Farah,kau kena juga bersemuka dengan dia,ok.Aku balik rumah dulu."Najwa berlalu pergi sambil berlari.Tidak penat pula berlari.
"Awak,kenapa tak datang semalam?"Soal Aizat Farish."Maaflah,lagipun saya tak cakap pun nak datang."Aizat terkedu mendengar nada suara Farah yang acuh-tak-acuh."Sudahlah,Aizat.Awak lupakan sahaja saya.Saya balik rumah dulu."Ujar Farah seraya berlalu pergi.
Sementara itu di kantin universiti..
"Boleh saya duduk?"Kaisarah memandang wajah empunya suara."Hrm,duduklah.Tak ada orang pun.."Adam melabuhkan punggungnya di kerusi,berhadapan dengan Kaisarah."Ada apa,ya?"
Adam seperti teragak-agak ingin menjawab."Eh,tak ada apa-apa.Saje ja bila tengok awak berseorangan.Saja datang borak."Kaisarah mengangguk tanda faham.
"Sebenarnya,saya nak tanya tentang projek hari tu.Tak paham."Adam mengeluarkan projek yang ditugaskan.Ingin mengisi masa supaya dia boleh berbicara dengan gadis genit itu untak waktu yang lama lagi.
Najwa dan Farah yang baru sahaja ingin melangkah ke kaunter pembelian,terhenti apabila melihat Kaisarah bersama Adam.Api panas mula membahang di hati Farah.Tapi dibiarkan agar Najwa tidak menyedari apa-apa.
2 tahun berlalu..
Kaisarah dan Adam semakin kerap bertemu.Suatu hari itu..
"Kai,saya nak bagitahu awak sesuatu.."Kaisarah memandang Adam.Adam menyeluk poketnya lalu mengeluarkan sebuah kotak kecil berwarna merah."Eh,apa ni?Macam kotak cincin ja!Awak nak kahwin dengan siapa?Bila?"Tanya Kaisarah walaupun dia sudah tahu jawapannya.
"Kai,dengarlah dulu!Saya..nak meminang awak bila kita balik nanti!"Kaisarah terdiam."Awak..setuju?"Kaisarah memandang Adam semula.Lama.Kaisarah tersenyum."Yes!!!Alhamdulillah."Adam meraup mukanya tanda bersyukur ke atas Yang Maha Esa.
"Korang,aku harap hubungan kita kekal sebagai saudara dan sahabat tau."Ujar Najwa sambil mengemas barang-barangnya.Sebentar lagi,mereka akan berpisah dan pulang ke Malaysia.Kaisarah dan Farah bergerak ke arah Najwa lalu memeluknya."Sayang!"Jerit Kaisarah.
"Korang,aku akan dipinang Adam nanti."Berita itu dikongsi Kaisarah.Senyuman Farah yang terukir sudah kendur kembali.Namun,pantas wajahnya dimaniskan semula."Oh,ya?Nanti kami akan datang rumah kau!Congrats,okey!"Najwa mengangguk mendengar kata Farah.
"Kami akan makan nasi minyak kau dahululah!"Sambut Najwa.Kaisarah mengguk."Insya-Allah,Insya-Allah,Insya-Allah..jika jodohnya..:Nyanyi Kaisarah dengan melodi nasyid Insya-Allah yang didendangkan oleh Maher Zain.Terkekek Najwa dan Farah ketawa.
Farah tahu,walau apapun,Kaisarah tetap rakannya.Kegembiraan haruslah dikongsi bersama.Sayang sekali,takdir akan datang mengubah kehidupan mereka.Tanpa dirancang,Allah lebih mengetahui segalanya...



