Ratu Hatiku III
Wednesday, December 14, 2011 | 3:50 PM | 0
0Koala Sesat
Kaisarah mengetuk pintu perlahan 3 kali.Apabila tiada sahutan dari dalam,dia dengan perlahan-lahan membuka pintu bilik Farah."Farah?Are you okay?"Tanya Kaisarah dengan nada prihatin."Kai,kau nak tahu tak kenapa aku koyak surat tu?"Kaisarah mengangguk.
Dia tahu,waktu ini Farah perlukan teman untuk bercerita kerana wajahnya yang sembap,menandakan dia baru sudah menangis."5 tahun lalu,ada seorang lelaki bernama Khairil pun hantar surat layang macam tu.Aku terima sebab..Muka dia nampak baik sangat..Kami jumpa di sebuah kafe.Tetapi,semasa kami nak mengikat tali pertunangan,dia blah macam tu je.Memang malu gila sebab ramai tetamu dah sampai.Esoknya,dia call aku..Dia kata,dia dah ada orang lain..2 minggu yang lalu,aku membawa hati yang belum terubat merantau jauh ke sini.Selain untuk melupakan Khairil,aku juga nak tenang kat sini."Kaisarah memeluk Farah.
"Aku tak pernah tahu pun.2 minggu kita kenal,kau tak pernah cerita pun..""Memang,memang aku tak nak cerita sebab kisah ni,family aku je tahu.Kau,jadikan ia rahsia antara kita berdua,okay?" "O.."Belum sempat Kaisarah menghabiskan ayatnya,Najwa datang lalu menyampuk.
"Hei,rahsia kita bertiga lah!Ingat aku tak dengar?""Yalah,rahsia kita bertiga.."Ujar Farah lalu menepuk bahu Najwa.
Najwa menutup panggilan.Dia benar-benar berasa bersalah terhadap Aizat.Llaki itu bukannya ramai kawan pun."Dah?Macam mana?Dia cakap apa?"Tanya Farah.
"Dia kata tak apalah.Takkanlah dia nak datang sini paksa kau..""Hrmm,tak apalah.Cinta bukannya boleh dibuat main-main mahupun dipaksa."Balas Farah.
"Eh,jom kita pergi Kafe Jepun tu,nak tak?Yalah,makan tengah hari.."Ajak Najwa."Kau ni,makan je kerja.Baru tadi kita makan kat kantin.Dah nak makan kat kafe.Dahlah,jom keluar."Balas Kaisarah.
Najwa membaling bantal."Kau mengata aku,ya!Kau pun sama.Kau tu,makan sikitlah sangat!!"Sindir Najwa balik.
"Talk to the hand!"Jawab Kaisarah dari dalam bilik.'Takut dibaling bantal lagi lah tu.'Bicara Najwa di dalam hati.Farah tergelak-gelak melihat perilaku kawan karibnya yang dua orang itu.



