Ratu Hatiku II
Monday, December 12, 2011 | 2:08 AM | 0
0Koala Sesat
"Kau buat apa dalam toilet?" Tanya Najwa,sibuk."Kenapa,ada problem ke kalau aku lama kat dalam tandas?"Soal Farah balik,keras.Najwa menghabiskan makanannya tanpa menjawab pertanyaan Farah.Mungkin terasa seperti Farah mahu mengatakan dia penyibuk.
"Dahlah,jom balik rumah."Ajak Kaisarah sambil mengambil begnya di atas meja.Sepanjang perjalanan dari kantin ke rumah sewa,mereka bertiga mendiamkan diri.
"Farah,sorry pasal tadi,tau.Aku bukannya nak menyibuk ke apa,tapi as a friend kan.."Najwa menghulurkan tangannya seperti kanak-kanak biasa meminta maaf.
Farah tertawa kecil."It's okey.Tadi tu,aku bad mood sikit.Sorry,tau."
"Sikit kau cakap?Aku tengok macam askar putus cinta je.."Gurau Najwa.
Meledak ketawa mereka bertiga."Inilah kawan-kawan aku yang mereng..Barulah ceria rumah ni..Kalau tak,macam rumah pontianak je.."Najwa mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Kaisarah.
"Farah,ni aku nak sambung gosip balik.."Najwa sudah memulakan perangainya yang terhenti sebentar tadi."Apa pulak ni?"Soalan itu berlegar-legar di kepala Farah sehinggalah Najwa memulakan perbicaraannya.
"Aku lupa nak bagi kau ni..Dari Aizat."Najwa menghulurkan sekeping sampul surat berwarna ungu."Apa ni?"
"Suratlah..Takkan koala sesat kot.."Gurau Kaisarah.Farah membuka sampul surat yang digam kemas.
Assalamualaikum,saya minta maaf Farah jika surat ungu ni menganggu anda yang mungkin sedang bersuka-ria bersama Kaisarah dan Najwa.Tetapi,ketahuilah Farah..Saya tidak berniat pun..
Farah,pertama kali saya jumpa dengan awak,bagaikan satu perasaan telah bertunas di hati saya.Perasaan apakah itu?Saya sendiri tertanya-tanya.Hinggalah suatu hari,rakan saya telah menyedarkan saya.Sungguh,saya tidak berniat untuk adakannya dalam hati saya.
Semakin saya cuba lupakan awak,semakin kuat ia mencengkam perasaan saya.Maafkan saya,Farah..Farah,walaupun saya digelar skema tapi saya bukanlah se'skema' seperti mana yang anda fikir.Saya tahu,saya ni budak low class bagi awak.Pandang saya pun sebelah mata je.Atau mungkin tak dipandang langsung.
Farah,boleh saya bertemu dengan awak di kafe Jepun yang terkenal tu?Saya tunggu awak besok,jam 12.00 tengah hari.
Sincerely,Aizat Farish.
Tersentak Farah dibuatnya.Selama ini,Aizat Farish hanyalah kenalan di kuliah sahaja.Tidak lebih dari itu."Aiyok..Sudah jatuh cinta wooo.."Usik Najwa.Farah mengoyak surat itu lalu mencampaknya.
"Hei,janganlah koyakkan surat tu!Kesian dia!"Tegur Najwa."Kau bagitahu dia,aku tak nak jumpa dia!"Jerit Farah sebelum menghempas pintu biliknya.
Di dalam bilik,Farah menangis semahu-mahunya.Kejadian 5 tahun lalu,benar-benar membuatkan hatinya terhiris.Tetapi,mengapa dengan Adam,dia bisa walaupun hatinya itu masih belum terubat?




Name :Fudhla Harery
Age : 11 *2011
Hobbies : Blogging,Facebooking n editing
Ambition : Photographer,Doctor,Novelis
Agama : Islam
BaitiJannati : atas tanah,bawah langit!
Kring2 : Tara henpon maa..
Madrasah : SK Bangi n SRAP Bangi
Fav.Food : Pasta
Fav.Drink : Apple Juice

Family


